Pendidikan Khas untuk Anak Istimewa Anda Bermula Di Sini!
Tadika Cahayaku Needs Mukmin Junior, Seri Kembangan
Tempat di mana anak istimewa anda boleh belajar, berkembang, dan membina keyakinan diri dengan penuh kasih sayang.
Embracing Differences, Challenging Stereotypes
Kenapa Perlu Pilih Kami
Kami sedia membantu dengan terapi membaca dan pendekatan holistik untuk anak-anak istimewa!
AKTIVITI PEMBELAJARAN MENYERONOKKAN
TERAPI MEMBACA BERSTRUKTUR
TENAGA PENGAJAR BERTAULIAH
PERSEKITARAN MESRA DAN SELAMAT
Di Cahayaku Needs, pembelajaran disampaikan melalui aktiviti yang ceria dan menyeronokkan. Anak-anak kategori khas belajar dalam suasana santai, sambil bermain dan berinteraksi, menjadikan proses membaca lebih mudah difahami dan diterima.
Terapi Membaca Cahayaku Needs adalah Modul belajar membaca fokus untuk kanak-kanak kategori khas untuk membantu anak-anak membaca dengan lebih mudah.
Guru-guru kami terlatih dalam pendidikan khas dan memahami keperluan setiap anak. Mereka sabar, penyayang dan komited membimbing anak-anak mengikut tahap dan gaya pembelajaran masing-masing.
Kami menyediakan suasana pembelajaran yang selamat, tenang dan menyokong emosi anak. Setiap ruang direka agar anak rasa selesa, yakin dan seronok untuk hadir belajar setiap hari.
Tadika Pendidikan Khas Cahayaku Needs
Di Tadika Pendidikan Khas Cahayaku Needs, kami memahami setiap anak mempunyai cara pembelajaran yang berbeza, terutamanya anak-anak kategori khas. Melalui Terapi Membaca Cahayaku Needs, kami menyediakan modul belajar membaca yang direka khas untuk membantu anak-anak dengan kategori khas seperti:


Dengan pendekatan yang menyeluruh, kami yakin setiap anak berhak untuk menikmati proses pembelajaran yang seronok dan efektif, agar mereka dapat membina keyakinan diri dan menguasai kemahiran membaca dengan lebih baik.
✅ Speech delay
✅ Disleksia
✅ Lembam
✅ Masalah pembelajaran
✅ Hyper / Tantrum
✅ Echolalia, pelat, gagap, sengau
✅ Autisme
✅ ADHD
✅ Intellectual Disability
Tentang Tadika Mukmin Junior
Kami adalah pusat pendidikan awal kanak-kanak berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan mengikut silibus KSPK.
Menyediakan anak-anak dengan kemahiran 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
Menggunakan program Cahayaku Legacy yang telah terbukti berkesan untu pendidikan awal anak-anak.


150+
15
Pengalaman Positif
Tenaga Pengajar
Pendekatan Pembelajaran Holistik di Tadika Pendidikan Khas
Di Cahayaku Needs, kami percaya setiap anak berkembang dengan cara yang unik. Oleh itu, pendekatan kami tidak hanya tertumpu kepada akademik semata-mata, tetapi merangkumi keseluruhan aspek penting dalam perkembangan awal kanak-kanak. Dari fizikal, emosi, kognitif hingga nilai-nilai Islamik—setiap komponen digabungkan untuk membentuk anak yang seimbang, berakhlak dan bersedia menghadapi dunia dengan yakin.
KOGNITIF
Fokus pada pembangunan minda melalui 3M (Membaca, Menulis & Mengira) serta pembelajaran akademik seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Matematik dan aktiviti seni yang merangsang kreativiti.
FIZIKAL
Merangkumi aktiviti sensori serta latihan motor kasar dan halus untuk menguatkan otot, koordinasi dan kemahiran pergerakan anak secara menyeluruh.
NILAI ISLAMIK
Menerapkan asas agama melalui amalan solat, zikir dan doa harian. Anak juga didedahkan kepada bacaan Iqra’ dan hafazan untuk membentuk sahsiah mulia sejak kecil.
EMOSI
Membangun keupayaan anak dalam mengurus diri, meluahkan emosi dengan sihat, serta berinteraksi dengan baik melalui kemahiran komunikasi dan sosial.
Momen Tadika Pendidikan Khas
Galeri Kami
















Tadika ini sangat membantu anak saya, mereka menunjukkan kemajuan yang ketara dalam pembelajaran dan komunikasi.
Siti A.
Pengalaman yang luar biasa! Anak saya semakin berani bercakap dan belajar dengan cara yang menyeronokkan.
Ali B.
★★★★★
★★★★★
Testimoni Ibu Bapa
Ciri-ciri Keselamatan Tadika Kami
Provide a general summary of the services you provide, highlighting key features and benefits for potential clients.
Service title
Write a short text about your service. Highlight key benefits for potential clients.
Service title
Write a short text about your service. Highlight key benefits for potential clients.
Write a short text about your service. Highlight key benefits for potential clients.